Panduan Menukar Nama Facebook Fanpage Melebihi 200 Likes

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh nak menyiapkan ebook tutorial menukar nama fanpage facebook melebihi 200 likes, akhirnya berjaya juga aku siapkan beberapa hari yang lepas.


Ebook ini merupakan panduan langkah demi langkah beserta gambarajah untuk anda menukar nam fanpage facebook anda yang telah melebihi 200likes.

Pada yang berminat hendak mendapatkan ebook ini boleh klik di sini.

Read More »

Senarai Program Dropship, Affiliate Dan Pembekal Produk

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Ini merupakan entri susulan pada entri aku sebelum ini. Pada yang tak berkesempatan boleh baca disini.


Berniaga di Facebook sememangnya satu cara yang amat popular sekarang. Dengan jumlah penggunanya yang mencecah jutaan orang, tidak mustahil anda berjaya menjana jualan di Facebook. Tidak semestinya anda memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan di Facebook pada masa kini. Di luar sana pelbagai program dropship yang boleh anda ikuti sesuai bagi anda yang tidak memiliki produk dan modal yang banyak.

Dengan dropship, apa yang perlu anda lakukan ialah mempromosikan produk peniaga lain mengikut harga yang anda tetapkan sendiri. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala untuk menguruskan proses penghantaran produk kepada pembeli kerana ianya akan diuruskan sendiri oleh pihak pembekal.

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan di Facebook, anda boleh memulakannya dengan menyertai program dropship yang ada di Malaysia.

Berikut merupakan program dropship yang boleh anda sertai:-

-Merupakan salah satu platform dropship yang dipercayai di Malaysia. Pelbagai barangan dan produk yang boleh anda promosikan di Facebook tanpa perlu menyimpan stok produk yang banyak.

2. MuslimNiaga.com
-Satu lagi laman web yang menyediakan program dropship untuk anda sertai. Seperti EdyMart.com, Muslim Niaga juga salah satu program yang dipercayai oleh peniaga online di Malaysia.

-MoonAbaya menyediakan program dropship bagi produk pakaian wanita. Pelbagai design terkini yang disediakan oleh pihak Moon Abaya selari dengan fashion masa kini.

-Di dropship.im, pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang boleh anda promosikan di Facebook. Daftar akaun anda secara percuma sahaja.

Selain program dropship, anda juga boleh menyertai program affiliate yang ada di Malaysia. Namun, untuk program affiliate, kebanyakkan produk yang disediakan adalah berbentuk digital bukan fizikal. Disini tiada proses pengeposan yang akan dibuat, setiap pembelian produk akan diberikan link download produk sahaja.

Untuk program affiliate, ebook merupakan salah satu produk yang mendapat permintaaan yang tinggi di luar sana. Pastikan anda mempromosikan ebook yang benar-benar berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Antara program affilite tempatan yang boleh anda sertai ialah:-

-Klikjer.com menyediakan program affiliate yang boleh anda sertai secara percuma sahaja. Pelbagai jenis ebook pelbagai niche yang boleh anda promosikan di Facebook.

-Salah satu program affiliate tempatan bertaraf antarabangsa yang diusahakan oleh pakar Internet Marketer Malaysia iaitu saudara Gobala Krishnan. Pendaftaran juga percuma.

-AgenAffiliate salah satu program affiliate yang semakin meningkat naik sekarang. Salah satu produk mereka yang mendapat permintaan tinggi ialah JobDiRumah. Pasti anda pernah melihat iklannya di blog-blog bukan? Pendaftaran juga adalah percuma.

Sekiranya anda ingin menari pembekal dan pemborong produk, salah satu website yang boleh anda layari ialah Majalah.com. Di Majalah.com, terdapat ramai pembekal dan pemborong produk yang mengiklankan perniagaan mereka. 

Anda boleh memilih sendiri pembekal anda produk anda dalam pelbagai kategori. Pastikan anda selidik dahulu latar belakang pembekal dan pemborong di sana sebelum melakukan apa-apa transaksi. Ini bagi mengelakkan anda ditipu oleh orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas anda.

Ini merupakan antara sumber-sumber yang boleh anda dapat untuk memulakan perniagaan di Facebook. Banyak lagi sebenarnya yang boleh anda cari di Google, namun pastikan anda tidak di tipu oleh pihak lain.

Okay, dah boleh mula berniaga dah nie. :-)


p/s: semangat betul aku tulis entri kali nie.. ;-)
Read More »

Lima Jenis Produk Laris di Facebook

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sekarang ini, semakin ramai yang berlumba-lumba nak berniaga di Facebook, lebih-lebih lagi bila dengar kisah kejayaan orang lain yang dah berjaya buat duit dengan berniaga di Facebook .


Bagi aku ianya satu perkembangan yang positif buat kita semua yang mana ramai di kalangan remaja dan anak muda sekarang menjadikan Facebook sebagai medium menambah pendapatan buat diri sendiri mahupun keluarga. Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga sudah terbiasa membeli belah di Facebook, jadi target pasaran juga sudah sedia ada.

Situasi ini sememangnya membuka peluang buat kita semua untuk menceburi bidang perniagaan di Facebook. Namun, masih ramai di antara kita yang masih lagi tidak mula berniaga di Facebook kerana tidak tahu produk apa yang hendak dijual, produk apa yang LARIS di Facebook serta sumber untuk mendapatkan stok produk tersebut.

Anda perlu ingat bahawa dalam dunia perniagaan, ianya bukan tentang "apa yang ingin kita jual", yang sebetulnya, "apa yang orang ramai hendak beli", fahamkan?

Baiklah, disini aku senaraikan Lima Jenis (Kategori) Produk Laris di Facebook:-

1. Pakaian ( terutama pakaian wanita)
- Semua sedia maklum, bila melibatkan barangan wanita, juallah apa sahaja sekalipun, pasti ianya mempunyai pembeli. Seperti contoh, jubah, tudung, baju kurung, dress dan pelbagai lagi.

2. Makanan Kering
- Contohnya seperti seperti rempah segera, serunding dan pelbagai lagi produk makanan kering.

3. Buku
- Buku merupakan antara produk yang laris di Facebook, lebih-lebih lagi topik yang mempunyai pasaran yang besar.

4. Produk Kesihatan
- Produk kesihatan ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti supplement, vitamin, dan sebagainya.

5. Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri
- Tidak sah kalau produk ini tidak dijual di Facebook. Bila bercerita tentang kecantikan, semestinya ramai yang inginkan penampilan mereka menarik di khalayak ramai, jadikan produk kecantikan ini sebagai senjata utama perniagaan anda.

Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis produk yang paling LARIS di Facebook, ambil peluang ini untuk anda memulakan perniagaan anda di Facebook.

Dimana pula tempat untuk mendapatkan stok produk-produk tersebut?

Jawapannya......

: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :
: : :


dalam entri yang akan datang.


Okay? :-)

Read More »

Kisah Google Adsense

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Sebelum ini, ramai blogger mula perasan yang iklan adsense tidak keluar di ruangan "homepage" blog, tetapi iklan adsense ini akan muncul seperti biasa di ruangan entri.

Aku tak pasti apa yang menyebabkan iklan adsense ini tidak muncul, mungkin kesan dari Panda 4.0, jadi berlaku sedikit masalah teknikal agaknya. Nampak macam masalah kecil, namun bagi mereka yang menjana pendapatan dengan adsense, ianya mungkin mengakibatkan berlakunya penurunan pada earning adsense mereka, rugi juga tu, blog aku pun tak terlepas dari masalah nie.


Aku ada cuba juga search kat google macam mana nak fix masalah adsense ads tak muncul nie, ramai yang kongsikan trick-trick supaya iklan adsense muncul seperti biasa, namun bila tengok trick-trick tersebut dah macam melanggar TOS adsense pulak, tak pasal-pasal kena banned dengan google nanti, rugi woo.... bukan senang nak dapat akaun adsense, lagi-lagi pada masa sekarang nie, jadi langkah terbaik adalah biarkan seperti biasa, mana tahu masalah nie mungkin sekejap saja.

Dan akhirnya, sejak dari semalam aku dah mula perasan yang iklan adsense kat blog-blog aku dah mula muncul seperti biasa terutamanya di ruangan hompepage blog, kiranya masalah iklan adsense yang tak muncul nie dah disettelkan oleh pihak google, selesai masalah.

Pada yang dah ada akaun adsense tue, jaga elok-elok jangan sampai kena banned dengan google, bila dah kena banned memang susahlah nak dapat balik akaun tue, bagi alasan macam mana pun google dah malas nak layan, jadi ingatlah sebelum kena.

Banyak cara dan sumber yang boleh kita gunakan untuk buat duit dengan adsense nie, InsyaAllah semuanya pasti membuahkan hasil walaupun ianya lambat.
Read More »

Buat Duit Dengan Media White

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Dah lama rasanya tak buat entri berkaitan program pengiklanan ini, jadi hari ini aku nak kongsikan salah satu lagi program pengiklanan yang ada dalam dunia maya ini untuk korang jadikan sumber buat duit dari blog masing-masing.


Program yang aku maksudkan ialah Media White. Mungkin ada yang dah tahu, pada yang tak tahu lagi program ini lebih kurang macam Komli juga. Media White menawarkan iklan berbentuk CPC, CPM, CPL, CPA, dan seperti biasa korang perlulah meletakkan banner mereka pada blog masing-masing.

Syarat blog untuk sertai program ini ialah trafik yang mantap dan juga ranking Alexa pada blog anda. Aku pernah cuba submit blog ini pada mereka, malangnya blog ini direject sebab ranking Alexa blog ini sungguh tak menarik perhatian mereka, maknanya ranking Alexa korang kena mantap juga macam trafik blog.

Cara pembayaran sama juga macam Komli, siapkan invoice dan hantarkan pada mereka, pembayaran akan dilakukan pada 30hb setiap bulan, jadi bila dah submit invoice itu, tunggu sahaja duit masuk.

Program-program macam ini sememangnya perlukan trafik yang tinggi dari blog korang, sebab kalau trafik rendah memang agak sukar nak buat duit dengan program ini. Iklan yang muncul dalam program Media White ini juga adakalanya iklan berbentuk default, maksudnya kalau orang klik pun takde nilai. Jadi pastikan trafik blog korang mantap dulu baru submit kat Media White.

Oh ya, jangan lupa ranking Alexa blog pun memainkan peranan dalam program ini untuk diterima masuk, kalau rasa-rasa Alexa tu atas 1 juta, baik usaha lagi sebelum submit.

Pada yang rasa blog mereka dah cukup kriteria yang ditetapkan bolehlah submit pada mereka, selagi tak cuba selagi itu kita tak tahu kan? bila dah cuba barulah tahu dan bila dah ada pengalaman dalam program-program macam ini, boleh decide yang mana bagus dan perlu untuk kita sertai sesebuah program pengiklanan macam ini.
Read More »

Nak Berpindah ke Self Hosting Pula

Abstract computers keyboards men thinking sitting wallpaperSelamat datang ke blog Bicara Blogger. Entah kenapa sejak kebelakangan ini bila aku tengok sahaja blog ini, aku rasa macam nak berpindah ke self hosting pula. Tak tahulah kenapa, rasa macam ada satu perasaan yang kuat untuk aku bertukar ke platform Wordpress.

Bukan nak kata platform Blogger dari google ini tak bagus, cuma aku rasa macam dah patut kot aku tukar ke platform Wordpress. Lagipun, aku cuba menjenamakan semula blog aku ini dengan design dan layout blog yang baru, entri-entri "Buat Duit Dengan Blog" dan yang sewaktu dengannya merupakan niche aku untuk blog ini.
Read More »

Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like

Selamat datang ke blog Bicara Blogger. Kali ini aku nak minta pendapat korang semua. Berapa agaknya harga yang patut aku letakkan bagi sebuah laporan yang mungkin kurang dari 20 muka surat? adakah korang rasa laporan yang kurang dari 20 muka surat itu patut diberikan secara percuma sahaja? atau memang berbaloi untuk dikenakan bayaran?

Laporan yang aku maksudkan ialah "Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like". Kiranya laporan ini macam mini ebooklah. Setelah beberapa kali aku mencuba, akhirnya aku berjaya juga menemui cara berkesan bagaimana korang semua boleh menukar nama facebook pages korang yang telah melebihi 200 like. Korang boleh lihat contoh yang mana salah satu facebook page aku yang melebihi 200 like berjaya diubah namanya.


Aku pasti ramai diluar sana yang masih lagi belum berjaya dalam hal ini. Aku pun pada mulanya macam korang juga, susah nak mencari cara menukar nama fanpage di fb ini. Aku dah cuba pelbagai-bagai cara terutama di Youtube, macam-macam tutorial yang aku tengok, namun hasilnya memang mengecewakan.

Sekarang, aku dah jumpa satu teknik yang boleh korang gunakan untuk tukar nama fanpage fb korang itu. Ramai ke yang berminat tentang tutorial  "Bagaimana Menukar Nama Fanpage Facebook Melebihi 200 Like" nie?

Kalau ramai yang berminat, aku ingat nak buka jualan untuk laporan ini. Pada yang berminat bolehlah bagi komen kat bawah ye, kalau memberangsangkan, bolehlah aku mulakan jualan. Okey, sudi-sudilah kongsikan entri ini dengan rakan-rakan anda, mungkin mereka juga berminat seperti anda. 








p/s: laporan masih belum prepare apa-apa langsung, hope ramai yang berminat.

Read More »